u follow me,i follow u!!

saya cuti mid sem,HOOREY

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua...

Hooreyy. Cuti pown dah start! whoa happy kite duduk dekat rumah. Lame jugak tau kite tak balik rumah, Ceh cite macam sebulan je tak balik kan! haha poyos pulak diri ini.kikiki..
Okey sorry for the very excited intro. terlebih dos excited plak. Well suke bile cuti kan. Bile cuti takpayah la nak bangun awal lagi,nak tido pown boleh suke2 nak tido pukul bape, tak payah nak susah2 takutt nak tido lambat.

Tapi.......
Ingat cuti ni adalah untuk bermalas-malasan ke? Hello cik Aishah, wake up!! asSignment ade TIGA menunggu untuk anda siapkan! Semuanya perlu dihantar after mid sem break. Ha ko ingat cuti ni relax ke. Ish ish, no no no..

okey,dear holidays, saya nak have fun holidays ni,baru semangat nak balik study!

p/s - list to do
* hang dengan BFF
* siapkan assignment
* pergi buat major assignment, excited!



L.O.V.E

makin lari makin dekat pulak..rimas laa

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua..

Hari ni aku nak tepek something dekat blog ni,aku nak buat sesi meluahkan perasaan.Rasa macam agak lame je tak buat new entry dalam blog ni,berhabuk,bersarang dah blog aku.Blog aku tersayang ni la,tempat aku nak luahkan perasaan aku,tempat aku nak bercerite tentang ape yang jadi dengan hidup aku.Blog aku ni dah macam bff aku plak,bile aku cerite masalah aku kat sini,rasa macam puas dan lega.bile aku cerite kat blog kire macam aku tengah cerite kat BFF sebab aku tau BFF aku bace ape yang aku tulis kan,sayanng korang.

Aku pelik la dengan life aku sekarang.Memangla sekarang aku dengan orang tu dah takde pape.Aku dah boleh terime dah.Aku dah delete nombor die,aku dah buang semua gambar die,barang die,aku dah block die dari fb,aku dah unfollow blog die and aku jugak dah remove semua family die dalam fb aku.Aku nak jauh dari die.Aku nak buang die dalam hidup aku,tapi....
Aku tak tau kenape,ade je orang yang berkaitan dengan die datang dalam hidup aku,lepas seorang-seorang.Haish..meluat pulak aku.

Mula-mule,datang seorang lelaki yang jugak jiran die.Terkejut aku bile dengar tu,Kalau aku tau dari mule,awal-awal lagi aku elakkan die.Orang yang bernama 'A' tu pown konon-konon la nak cube rapat dengan aku,haish malas aku nak layan.Boleh pulak die main-main dengan aku pergi mengaku die ni BF aku,haish mintak penampar ke budak tu?Kalau nak aku kasik kang.Perasan nye manusia tu.Awak ingat saya nak sangat ke dengan awak,Euuw sorry.

Dah abis setttle dengan budak si 'A' tu,datang pulak si 'S'.  Mule-mule kenal dah menipu aku macam-macam.Lepas tu lepas dipaksa,baru la die nak bagitau die dapat tau pasal aku from my ex. and die tu budak yang kerja sama tempat dengan die.WTF.Aku sangat terkejot bile dengar fakta tu.Pergh,ex aku tu jual nombor aku kat die ke ape?Takde keje laen ke nak buat hah?Siot punye perangai!
Urghh..aku tak tau la ape yang jadik sebenarnye tapi bile aku tau je die tu kawan si tutt tu,aku dah pangkah dah mamat tu.Hell no aku nak merapatkan diri aku dengan die.Yang si 'S' tu pown perangai macam tuttt jee.Sikit-sikit nak cakap yela saya tau saya ni tak handsome,takpelajaran.Ya Allah,rimasnye aku,takpernah pulak seumur hidup aku nak merendahkan orang.Aku takpernah nak cakap die macam ni,macam tu.Awak sendiri yang pandang rendah diri awak.Ade satu hari tu,awak asyik call je saya.Berbelas kali awak call tapi saya malas nak angkat call awak.Awak tu merimaskan.Lepas tu boleh pulak awak nak berlagak macam awak tu BF saya pulak.Tanya pergi mana la,dengan siape la.Itu la ini laa.Menyirap saya dengar.Awak boleh tak tolong sedar sikit yang awak tu sebenarnye cume KAWAN saya yang saya baru kenal,and kawan saya yang TAKRAPAT!.Saya taknak merapatkan diri dengan awak.Lagi-lagi bile saya tau awak tu ade kaitan dengan die.Simpang malaikat 44 la.Saya mintak tolong sangat,jangan buat macam awak tu rapat sangat dengan saya ye.Saya takde perasaan langsung dekat awak seperti awak ade dekat saya.Sikit pown tak awak.

Lepas tu aku dapat tau yang si 'S' tu ade dekat dengan Sg.Udang MELAKA.hmm maybe la si orang tu keje kat situ jugak.Haish mintak-mintak la jangan.Ya Allah tolong la.Even  Melaka ni bukan hak milik aku,even sg.Udang tu jauh dari tempat aku belajar,tapi bagi aku aura meluat and benci yang aku ade dekat die makin kuat kalau die ade satu tempat dengan aku.Urghh sungguh menggelikan!

Haiyooo,kenapela macam ni.Kenape bile makan jauh aku cube lari dari die,makin dekat pulak die ni.Sakit je hati.Luke yang dulu pown belum elok lagi,sakit yang dulu pown masih terasa,ni tambah pulak dengan masalah yang patotnye aku takde terlibat.Aku nak sangat takde kaitan dengan orang tu.Ape je berkaitan dengan die aku akan benci and meluat even termasok kawan-kawan die.Aku taknak,aku tak suke.Ya Allah kau jauh kan die dari aku.Aminnn.

p/s : rasa meluat terhadap die makin menebal.yucks!

L.O.V.E

orang kate saya ni garang laa

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua..

Yeay,mood untuk berblogging tibe-tibe menaik secara mendadak semula.Suke-suke..Selepas mengharungi minggu yang agak buzy,hari ni dengan berjaya nya aku daoat menulis sesuatu di dalam blog yang palingg aku sayang ni.Muuahhx sikit!HEHE   =D

Hari ni aku baru je selesai buat presentation untuk subject BEL260 a.k.a English Subject la.Huh nervous la jugak kan nak bercakap dengan orang and explain dalam english,fuhhh lepas jugak.ngee..Tapi tengah-tengah present tu,one of myclassmate cakap aku ni garang laa,hehe,tersengih je aku dengar.

Actually,itu dah kali ke berape dah aku dengar from orang yang cakap yang aku ni garang.
Hmm,sebenarnye aku pelik,tang mane garang tu eik??Haha aku pown tak tau,or maybe aku ni jenis agak strict bile kenal orang yang tak berape rapat?Ntahlaa,or maybe aku ni proctetive over my own privacy??

Ayaakkk,saya tak tau la tang mane saya garang.Kadang-kadang nak gelak je bile orang kate saya ni garang owh,sebab for me,once u know me,u know how I really am. ( ceh speaking plak,mentang2 la baru lepas present english sub,bhahaha)Okey back to the topic,aku ni sebenarnye orang yang boleh gila-gila,huhahuha,masuk air semua boleh.Haha maybe sebab orang tu tak berape kenal diri sebenar aku kot that's why dorang cakap aku ni garang.

Hehe walau ape pown,aku tak kisah pown orang nak cakap aku ni garang or tak.Terpulang kepada pendapat masing-masing.Setengah kate aku ni macam ni,setengah kate aku ni macam ni pulak.Hanya orang yang aku betul-betul rapat macam semua BFF aku je tau perangai and sifat sebenar aku.So korang-korang yang rase aku ni garang tu,,kenal-kenal la saya dulu then decide saya ni still garang or tak.

p/s - nak cube tukar attitude la,bia owg ingat tak garang dah.tapi macam mane??kuihkuihkuih
> , <

L.O.V.E

saya pendiam???

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua

Semalam korang tengok tak gerhana bulan? Cantik sangat kan? Aku excited tengok semalam,ye la first time dapat tengok gerhana bulan.Cantik sangat!
Okey,semasa aku and kawan-kawan aku tengah menikmati peristiwa gerhana bulan  tu,kitowang pown mula bercakap pasal first impression dorang mase orang mule-mule jumpe dorang.

Yeaa,and first impression pasal aku is dorang ingat aku ini seorang yang pendiam.Haha agaklaa,mase aku mule-mule dulu memang macam tu.Aku ni sebenarnye orang yang tak reti nak ber'friendly' sangat dengan orang yang aku baru kenal.Aku ni jenis susah nak sesuaikan diri dengan orang baru dan jugak tempat baru.Sejak aku kecik-kecik lagi,aku memang tak reti nak bukak mulut and juga adapt dengan keadaan baru.

Aku ingat lagi dari aku mule-mule masuk tadika,aku takut sangat nak bercakap dengan orang baru,mase aku darjah satu dulu pown same,and boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku naik darjah,masuk kelas baru,aku akan hadapi masalah yang same.Mulut aku macam terkunci.Teringat ade seorang kawan aku dulu,mase tu seminggu orientasi untuk budak-budak form,aku memang jadi seorang yang pendiam sepanjang minggu tu sampai la last day hari orientasi tu baru lah nampak yang aku ni sebenarnye banyak sangat cakap.Sampai si kawan aku tu pown cakap ' Haii,ingat kan pendiam dulu,rupenye macam ni la perangainye yee'hehee

Perangai tu melekatla sampai sekarang,aku memang susah nak adapt dengan situasi baru dan jugak orang yang aku baru kenal.Haha pada sesiapa yang ingat aku orang yang pendiam,you are WRONG!aku actually orang yang sangat happy go lucky,open minded and crazy!
Haha so kepada sesiapa,kenal-kenal la dulu aku lebih sikit,sebab lame-lame baru hang tau pagai cek macam mane,HOHO



p/s : haiyo,pernah cube nak kikis pagai ni tapi tak pernah sukses,agegege >..<

KBYE

L.O.V.E

saya dulu lain,sekarang lain

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua

Tarik 9 October 2011.Hari pertama aku nekad untuk mula bertudung.Hari ini dah genap aku due bulan aku bertudung.Alhamdulillah.Satu kejayaan untuk aku.Aku bangga aku dah berubah.Hehe suke dengan diri aku yang baru.Bile aku dah tukar imej ni,mule lah macam-macam soalan orang tanya tentang perubahan diri aku.Ade orang ingat aku dah pakai tudung sebab aku kecewa bercinta.Ayak sungguh tak masuk akal.Abis tu,if macam tu then bile aku bercinta balik.Tudung kat kepala ni aku bukak la eik?Ish ish ish,sangat tak betul sangkaan tu ye.

Sebenarnye niat nak pakai tudung tu dah ade agak lame.Cume tak betul-betul tergerak nak bertudung.Maybe mase tu setan dok hasut-hasut lagi tu.Hehe tak tau lah kenape aku liat mase tu.
Tapi tak tau kenape since aku belajar di Melake ni,niat tu makin kuat.
Ade satu hari,seingat aku mase tu bulan July kot,aku baru balik dari cuti mid sem,aku sorang-sorang dalam bilik mase tu.Aku tak tau kenape aku rasa macam sunyi sangat.Aku rasa sedih sangat sampai aku menangis sorang-sorang dalam bilik.Then kebetulan maghrib dah masuk,lepas solat maghrib baru aku rasa sangat lega.Aku tak tau kenape aku ade perasan macam tu hari tu.Dari hari tu lah bermulanya detik perubahan dalam diri aku.

Since dari hari tu,bile-bile aku nak kua,aku dah start rase tak selesa ber'free' hair bile kua.Perasaan bersalah tu tibe-tibe ade.So dari situ aku dah start berjinak dengan tudung.And alhamdulillah,sekarang aku dah fully bertudung dah.
Bile aku bertudung,aku rase sangat selesa.Aku rasa lebih confident berbanding dulu.And aku rase lebih tenang dari dulu.Walaupon macam-macam masalah jadi,aku dah lebih relax,tak macam dulu,rase tak tenang bile ade masalah.Aku rase lebih kuat nak hadapi masalah tu.Alhamdulilah lega rasa.Aku mungkin sekarang tak dela berubah diri 100% lagi tapi insyallah slow-slow aku akan ubah habit yang tak elok tu.Aku takde la nak kate diri aku ni  baik ,mulia bagai,tapi yang aku tau,aku yang sekarang lebih baik daripada diri aku yang dulu.



Sekian

L.O.V.E

surat untuk kawan

Asslamualaikum and Hallo Hallo SEmua


Dear Friend

Well,memang aku and yang laen akui yang kitowg rasa sangat tersisih dengan ko.Kitowg rase kau semakin jauh dari kitowg.Makin laen dari dulu.Kadang-kadang kitowg rasa kau dah sangat happy ade kawan yang baru so kitowg rasa kitowg dah macam tidak diperlukan lagi.Segala tentang hidup kau sekarang ni hanya ade kawan yang baru je.So sebab tu rase macam seolah-olah dilupakan je.Kitowg jugak terasa bile setiap kali ajak hang or whatever,kau selalu je menolak,kitowg faham kau ade masalah kau sendiri dan alasan kau sendiri,tapi bile kitowg tengok kau macam sentiasa tak menolak and sangat teruja bile kawan-kawan ko yang laen ajak.Maybe ko memang ade alasan sendiri,takpe kami faham.Aku tak mintak yang ko kene berkepit 24 jam dengan kitowg,no,bukan macam tu,kitowg cume mintak even kau dah ade kawan yang baru,janganlah lupekan kawan yang lame macam kitowg ni.Sekadar say hi or tanya kabar.Itu je dah cukup.

Sorry la kalau aku cakap pasal ni,
Selama ni aku perhati ko dari jauh,and aku tengok ko sangat lain dari yang dulu.Mungkin tu satu cara ko nak lepaskan stress dari semua masalah ko.Tapi aku cume harap ko jage elok-elok diri ko.Aku takut nak tengok ko hanyut.Seriously,kitowg sayang ko sangat,kitowg taknak tengok ko makin jauh dari kitowg.Kitowg sangat rindukan diri ko yang dulu.Seorang yang baik,hormat orang tua,and anak yang baik terhadap parents.Aku sangat respect dengan diri ko.Tapi ko dah sangat lain sekarang.

Kami cume nak ko tau yang kami rasa macam ni selama ni dengan ko.Syukurlah kalau ko betul betul dah sedar.Kami sayangkan ko sangat-sangat.Sebab tu la kami mula open dengan bende ni sebab kami taknak satu hari nanti kami hilang ko.Kami takde niat pown nak sakitkan hati ko.Kami cume nak ko tau sebab sebenar kenape kite jauh macam ni.Mungkin dalam hal ni kitowg pown buat salah jugak,So aku dan yang laen mintak maaf dengan ko.And aku harap kite boleh baik macam dulu balik.Aku nak ko tau jugak yang ko boleh share ape-ape je masalah dengan kitowg.Sikit pown kitowg tak rase masalah ko membebankan kitowg.In fact kitowg rase lega ko sanggup share masalah dengan kitowg.Itu mebuatkan kitowg rase kitowg ni deperlukan dan dihargai.Ape gunenya kawan kan kalau bukan jadi pendengar setia kan kawan?Ko jugak perlu tau yang tak pernah sedetik pown kitowg terpikir nak buang ko dari kawan.Kitowg berterus terang ni sebab kitowg nak rapatkan balik friendship kite dulu.Kami sangat sayang ko.Kitowg nak kite jadi macam dulu.Selalu share semua cerite gembira and jugak cerite sedeh.Ingat lagi kan?Daripada dulu sampai sekarang,semua masalah kite share same-same,takde beban pown.Kite kan kawan.Hopefully,insyaallah,aku harap kite dapat jadi serapat dulu balik ye kawan?


L.O.V.E