u follow me,i follow u!!

saya cuti mid sem,HOOREY

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua...

Hooreyy. Cuti pown dah start! whoa happy kite duduk dekat rumah. Lame jugak tau kite tak balik rumah, Ceh cite macam sebulan je tak balik kan! haha poyos pulak diri ini.kikiki..
Okey sorry for the very excited intro. terlebih dos excited plak. Well suke bile cuti kan. Bile cuti takpayah la nak bangun awal lagi,nak tido pown boleh suke2 nak tido pukul bape, tak payah nak susah2 takutt nak tido lambat.

Tapi.......
Ingat cuti ni adalah untuk bermalas-malasan ke? Hello cik Aishah, wake up!! asSignment ade TIGA menunggu untuk anda siapkan! Semuanya perlu dihantar after mid sem break. Ha ko ingat cuti ni relax ke. Ish ish, no no no..

okey,dear holidays, saya nak have fun holidays ni,baru semangat nak balik study!

p/s - list to do
* hang dengan BFF
* siapkan assignment
* pergi buat major assignment, excited!



L.O.V.E

makin lari makin dekat pulak..rimas laa

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua..

Hari ni aku nak tepek something dekat blog ni,aku nak buat sesi meluahkan perasaan.Rasa macam agak lame je tak buat new entry dalam blog ni,berhabuk,bersarang dah blog aku.Blog aku tersayang ni la,tempat aku nak luahkan perasaan aku,tempat aku nak bercerite tentang ape yang jadi dengan hidup aku.Blog aku ni dah macam bff aku plak,bile aku cerite masalah aku kat sini,rasa macam puas dan lega.bile aku cerite kat blog kire macam aku tengah cerite kat BFF sebab aku tau BFF aku bace ape yang aku tulis kan,sayanng korang.

Aku pelik la dengan life aku sekarang.Memangla sekarang aku dengan orang tu dah takde pape.Aku dah boleh terime dah.Aku dah delete nombor die,aku dah buang semua gambar die,barang die,aku dah block die dari fb,aku dah unfollow blog die and aku jugak dah remove semua family die dalam fb aku.Aku nak jauh dari die.Aku nak buang die dalam hidup aku,tapi....
Aku tak tau kenape,ade je orang yang berkaitan dengan die datang dalam hidup aku,lepas seorang-seorang.Haish..meluat pulak aku.

Mula-mule,datang seorang lelaki yang jugak jiran die.Terkejut aku bile dengar tu,Kalau aku tau dari mule,awal-awal lagi aku elakkan die.Orang yang bernama 'A' tu pown konon-konon la nak cube rapat dengan aku,haish malas aku nak layan.Boleh pulak die main-main dengan aku pergi mengaku die ni BF aku,haish mintak penampar ke budak tu?Kalau nak aku kasik kang.Perasan nye manusia tu.Awak ingat saya nak sangat ke dengan awak,Euuw sorry.

Dah abis setttle dengan budak si 'A' tu,datang pulak si 'S'.  Mule-mule kenal dah menipu aku macam-macam.Lepas tu lepas dipaksa,baru la die nak bagitau die dapat tau pasal aku from my ex. and die tu budak yang kerja sama tempat dengan die.WTF.Aku sangat terkejot bile dengar fakta tu.Pergh,ex aku tu jual nombor aku kat die ke ape?Takde keje laen ke nak buat hah?Siot punye perangai!
Urghh..aku tak tau la ape yang jadik sebenarnye tapi bile aku tau je die tu kawan si tutt tu,aku dah pangkah dah mamat tu.Hell no aku nak merapatkan diri aku dengan die.Yang si 'S' tu pown perangai macam tuttt jee.Sikit-sikit nak cakap yela saya tau saya ni tak handsome,takpelajaran.Ya Allah,rimasnye aku,takpernah pulak seumur hidup aku nak merendahkan orang.Aku takpernah nak cakap die macam ni,macam tu.Awak sendiri yang pandang rendah diri awak.Ade satu hari tu,awak asyik call je saya.Berbelas kali awak call tapi saya malas nak angkat call awak.Awak tu merimaskan.Lepas tu boleh pulak awak nak berlagak macam awak tu BF saya pulak.Tanya pergi mana la,dengan siape la.Itu la ini laa.Menyirap saya dengar.Awak boleh tak tolong sedar sikit yang awak tu sebenarnye cume KAWAN saya yang saya baru kenal,and kawan saya yang TAKRAPAT!.Saya taknak merapatkan diri dengan awak.Lagi-lagi bile saya tau awak tu ade kaitan dengan die.Simpang malaikat 44 la.Saya mintak tolong sangat,jangan buat macam awak tu rapat sangat dengan saya ye.Saya takde perasaan langsung dekat awak seperti awak ade dekat saya.Sikit pown tak awak.

Lepas tu aku dapat tau yang si 'S' tu ade dekat dengan Sg.Udang MELAKA.hmm maybe la si orang tu keje kat situ jugak.Haish mintak-mintak la jangan.Ya Allah tolong la.Even  Melaka ni bukan hak milik aku,even sg.Udang tu jauh dari tempat aku belajar,tapi bagi aku aura meluat and benci yang aku ade dekat die makin kuat kalau die ade satu tempat dengan aku.Urghh sungguh menggelikan!

Haiyooo,kenapela macam ni.Kenape bile makan jauh aku cube lari dari die,makin dekat pulak die ni.Sakit je hati.Luke yang dulu pown belum elok lagi,sakit yang dulu pown masih terasa,ni tambah pulak dengan masalah yang patotnye aku takde terlibat.Aku nak sangat takde kaitan dengan orang tu.Ape je berkaitan dengan die aku akan benci and meluat even termasok kawan-kawan die.Aku taknak,aku tak suke.Ya Allah kau jauh kan die dari aku.Aminnn.

p/s : rasa meluat terhadap die makin menebal.yucks!

L.O.V.E

orang kate saya ni garang laa

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua..

Yeay,mood untuk berblogging tibe-tibe menaik secara mendadak semula.Suke-suke..Selepas mengharungi minggu yang agak buzy,hari ni dengan berjaya nya aku daoat menulis sesuatu di dalam blog yang palingg aku sayang ni.Muuahhx sikit!HEHE   =D

Hari ni aku baru je selesai buat presentation untuk subject BEL260 a.k.a English Subject la.Huh nervous la jugak kan nak bercakap dengan orang and explain dalam english,fuhhh lepas jugak.ngee..Tapi tengah-tengah present tu,one of myclassmate cakap aku ni garang laa,hehe,tersengih je aku dengar.

Actually,itu dah kali ke berape dah aku dengar from orang yang cakap yang aku ni garang.
Hmm,sebenarnye aku pelik,tang mane garang tu eik??Haha aku pown tak tau,or maybe aku ni jenis agak strict bile kenal orang yang tak berape rapat?Ntahlaa,or maybe aku ni proctetive over my own privacy??

Ayaakkk,saya tak tau la tang mane saya garang.Kadang-kadang nak gelak je bile orang kate saya ni garang owh,sebab for me,once u know me,u know how I really am. ( ceh speaking plak,mentang2 la baru lepas present english sub,bhahaha)Okey back to the topic,aku ni sebenarnye orang yang boleh gila-gila,huhahuha,masuk air semua boleh.Haha maybe sebab orang tu tak berape kenal diri sebenar aku kot that's why dorang cakap aku ni garang.

Hehe walau ape pown,aku tak kisah pown orang nak cakap aku ni garang or tak.Terpulang kepada pendapat masing-masing.Setengah kate aku ni macam ni,setengah kate aku ni macam ni pulak.Hanya orang yang aku betul-betul rapat macam semua BFF aku je tau perangai and sifat sebenar aku.So korang-korang yang rase aku ni garang tu,,kenal-kenal la saya dulu then decide saya ni still garang or tak.

p/s - nak cube tukar attitude la,bia owg ingat tak garang dah.tapi macam mane??kuihkuihkuih
> , <

L.O.V.E

saya pendiam???

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua

Semalam korang tengok tak gerhana bulan? Cantik sangat kan? Aku excited tengok semalam,ye la first time dapat tengok gerhana bulan.Cantik sangat!
Okey,semasa aku and kawan-kawan aku tengah menikmati peristiwa gerhana bulan  tu,kitowang pown mula bercakap pasal first impression dorang mase orang mule-mule jumpe dorang.

Yeaa,and first impression pasal aku is dorang ingat aku ini seorang yang pendiam.Haha agaklaa,mase aku mule-mule dulu memang macam tu.Aku ni sebenarnye orang yang tak reti nak ber'friendly' sangat dengan orang yang aku baru kenal.Aku ni jenis susah nak sesuaikan diri dengan orang baru dan jugak tempat baru.Sejak aku kecik-kecik lagi,aku memang tak reti nak bukak mulut and juga adapt dengan keadaan baru.

Aku ingat lagi dari aku mule-mule masuk tadika,aku takut sangat nak bercakap dengan orang baru,mase aku darjah satu dulu pown same,and boleh dikatakan tiap-tiap tahun aku naik darjah,masuk kelas baru,aku akan hadapi masalah yang same.Mulut aku macam terkunci.Teringat ade seorang kawan aku dulu,mase tu seminggu orientasi untuk budak-budak form,aku memang jadi seorang yang pendiam sepanjang minggu tu sampai la last day hari orientasi tu baru lah nampak yang aku ni sebenarnye banyak sangat cakap.Sampai si kawan aku tu pown cakap ' Haii,ingat kan pendiam dulu,rupenye macam ni la perangainye yee'hehee

Perangai tu melekatla sampai sekarang,aku memang susah nak adapt dengan situasi baru dan jugak orang yang aku baru kenal.Haha pada sesiapa yang ingat aku orang yang pendiam,you are WRONG!aku actually orang yang sangat happy go lucky,open minded and crazy!
Haha so kepada sesiapa,kenal-kenal la dulu aku lebih sikit,sebab lame-lame baru hang tau pagai cek macam mane,HOHO



p/s : haiyo,pernah cube nak kikis pagai ni tapi tak pernah sukses,agegege >..<

KBYE

L.O.V.E

saya dulu lain,sekarang lain

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua

Tarik 9 October 2011.Hari pertama aku nekad untuk mula bertudung.Hari ini dah genap aku due bulan aku bertudung.Alhamdulillah.Satu kejayaan untuk aku.Aku bangga aku dah berubah.Hehe suke dengan diri aku yang baru.Bile aku dah tukar imej ni,mule lah macam-macam soalan orang tanya tentang perubahan diri aku.Ade orang ingat aku dah pakai tudung sebab aku kecewa bercinta.Ayak sungguh tak masuk akal.Abis tu,if macam tu then bile aku bercinta balik.Tudung kat kepala ni aku bukak la eik?Ish ish ish,sangat tak betul sangkaan tu ye.

Sebenarnye niat nak pakai tudung tu dah ade agak lame.Cume tak betul-betul tergerak nak bertudung.Maybe mase tu setan dok hasut-hasut lagi tu.Hehe tak tau lah kenape aku liat mase tu.
Tapi tak tau kenape since aku belajar di Melake ni,niat tu makin kuat.
Ade satu hari,seingat aku mase tu bulan July kot,aku baru balik dari cuti mid sem,aku sorang-sorang dalam bilik mase tu.Aku tak tau kenape aku rasa macam sunyi sangat.Aku rasa sedih sangat sampai aku menangis sorang-sorang dalam bilik.Then kebetulan maghrib dah masuk,lepas solat maghrib baru aku rasa sangat lega.Aku tak tau kenape aku ade perasan macam tu hari tu.Dari hari tu lah bermulanya detik perubahan dalam diri aku.

Since dari hari tu,bile-bile aku nak kua,aku dah start rase tak selesa ber'free' hair bile kua.Perasaan bersalah tu tibe-tibe ade.So dari situ aku dah start berjinak dengan tudung.And alhamdulillah,sekarang aku dah fully bertudung dah.
Bile aku bertudung,aku rase sangat selesa.Aku rasa lebih confident berbanding dulu.And aku rase lebih tenang dari dulu.Walaupon macam-macam masalah jadi,aku dah lebih relax,tak macam dulu,rase tak tenang bile ade masalah.Aku rase lebih kuat nak hadapi masalah tu.Alhamdulilah lega rasa.Aku mungkin sekarang tak dela berubah diri 100% lagi tapi insyallah slow-slow aku akan ubah habit yang tak elok tu.Aku takde la nak kate diri aku ni  baik ,mulia bagai,tapi yang aku tau,aku yang sekarang lebih baik daripada diri aku yang dulu.



Sekian

L.O.V.E

surat untuk kawan

Asslamualaikum and Hallo Hallo SEmua


Dear Friend

Well,memang aku and yang laen akui yang kitowg rasa sangat tersisih dengan ko.Kitowg rase kau semakin jauh dari kitowg.Makin laen dari dulu.Kadang-kadang kitowg rasa kau dah sangat happy ade kawan yang baru so kitowg rasa kitowg dah macam tidak diperlukan lagi.Segala tentang hidup kau sekarang ni hanya ade kawan yang baru je.So sebab tu rase macam seolah-olah dilupakan je.Kitowg jugak terasa bile setiap kali ajak hang or whatever,kau selalu je menolak,kitowg faham kau ade masalah kau sendiri dan alasan kau sendiri,tapi bile kitowg tengok kau macam sentiasa tak menolak and sangat teruja bile kawan-kawan ko yang laen ajak.Maybe ko memang ade alasan sendiri,takpe kami faham.Aku tak mintak yang ko kene berkepit 24 jam dengan kitowg,no,bukan macam tu,kitowg cume mintak even kau dah ade kawan yang baru,janganlah lupekan kawan yang lame macam kitowg ni.Sekadar say hi or tanya kabar.Itu je dah cukup.

Sorry la kalau aku cakap pasal ni,
Selama ni aku perhati ko dari jauh,and aku tengok ko sangat lain dari yang dulu.Mungkin tu satu cara ko nak lepaskan stress dari semua masalah ko.Tapi aku cume harap ko jage elok-elok diri ko.Aku takut nak tengok ko hanyut.Seriously,kitowg sayang ko sangat,kitowg taknak tengok ko makin jauh dari kitowg.Kitowg sangat rindukan diri ko yang dulu.Seorang yang baik,hormat orang tua,and anak yang baik terhadap parents.Aku sangat respect dengan diri ko.Tapi ko dah sangat lain sekarang.

Kami cume nak ko tau yang kami rasa macam ni selama ni dengan ko.Syukurlah kalau ko betul betul dah sedar.Kami sayangkan ko sangat-sangat.Sebab tu la kami mula open dengan bende ni sebab kami taknak satu hari nanti kami hilang ko.Kami takde niat pown nak sakitkan hati ko.Kami cume nak ko tau sebab sebenar kenape kite jauh macam ni.Mungkin dalam hal ni kitowg pown buat salah jugak,So aku dan yang laen mintak maaf dengan ko.And aku harap kite boleh baik macam dulu balik.Aku nak ko tau jugak yang ko boleh share ape-ape je masalah dengan kitowg.Sikit pown kitowg tak rase masalah ko membebankan kitowg.In fact kitowg rase lega ko sanggup share masalah dengan kitowg.Itu mebuatkan kitowg rase kitowg ni deperlukan dan dihargai.Ape gunenya kawan kan kalau bukan jadi pendengar setia kan kawan?Ko jugak perlu tau yang tak pernah sedetik pown kitowg terpikir nak buang ko dari kawan.Kitowg berterus terang ni sebab kitowg nak rapatkan balik friendship kite dulu.Kami sangat sayang ko.Kitowg nak kite jadi macam dulu.Selalu share semua cerite gembira and jugak cerite sedeh.Ingat lagi kan?Daripada dulu sampai sekarang,semua masalah kite share same-same,takde beban pown.Kite kan kawan.Hopefully,insyaallah,aku harap kite dapat jadi serapat dulu balik ye kawan?


L.O.V.E

melake to Kuala Lumpur to Kuala Pilah

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semua...

Di saat dan ketika saya menulis entry ini,saya tersangat la penat..badan terasa lenguhh laa,mata kuyuu je ni..
Time-time macam ni laa terasa nak ade spa dalam rumah je,biar badan ni diurut-urut.Whoaa,alangkah seronoknyaa..Selesanya,,Seriously,energy aku ni dah out of stock dah.Kena tunggu stock seterusnya utk active bali,aiyaakk.Semua ni gara-gara berjalan. .> , <

Location : Melaka
Oke hari jumaat hari tu,kelas saya start pada 8.30PAGI and berakhir pada pukul 4.30PETANG..tak leh nak pack lagi ke jadual tu,hish SABOR jelaa.Memandangkan isnin ni cuti sempena awal muharam,and kelas hari selase plak hanya start pada 8malam so aku pown rase macam nak balik laa,cuti agak lama laa.Malangnya bus pada hari tu ade pukul 7.30MALAM jee,lamenyeee.Tapi last-last bus sampai pukul 8malam,wow AWALnye.Aku sampai rumah pown pukul 11pm,Balik je,buang lens,bumm tidoo,ayakk penat.

Location : Bukit Bintang,K.L
Esoknya pulak pukul 8.30 pagi aku dah bangun,whoa awalnya,well niat nak pegi shopping kan,so bersemangat lagi,cube kalau niat nak pegi kelas,confirm aku tido balik,kikiki  =D
Okey lepas sesi mencantikkan diri,*kuih kuihhihihi,
kakak Cik Nye  pown pick up kite sampai la ke K.L,yeah takpayah dah nak jadi model dalam bus lagi kan,
Okey first and fore most,sebelum kite shopping,kite perlu lah mengisi perut dengan makanan dulu yee.Tips penting tu!Tempat kami mengenyangkan perut ialah di Carl's Jr.
Sedap tau burger die lagi-lagi fries die,nyummm


Okey,tahniah la kepada Cik Nye kite yang berjaya menghabiskan burger double die,Nampak tak siapa yang kuat makan sekarang ni.Aku punye burger single pown tak dapat nak abis tau.Lepas perut sudah kenyang,kite pown ape lagi shoppinglaa.Bile penat,kaki macam nak patah je,so kite berehat di Starbuck.Ceh berehat nak tempat mahal je,Haha biarlah sekali sekala.Kikiki
BFF


Macam minum je kan,padahal i tak minum coffee


Alrite setelah berjam-jam di K.L kitowg pown balik laa.Cik Nye menghala ke Sg Buloh but aku menghala ke P.J, rumah makteh ku.Sampai je,terus geleng kepala pikir bape banyak sudah abis,ayakk,Takpe takpee,janji puas.Anyway tima kasih kepada Cik Nye kite ye sebab teman kite shopping.

Location : Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Okey selepas penat shopping,esok hari Ahad,saya telah diamanahkan untuk menemani makteh saya ke kenduri kawan die.Rombongan pengantin la kirenye.Memandangkan makteh saya tidak boleh melihat so saya kenalah jadi mata die untuk hari tu.Pukul 4.30 pagi lagi dah bangun mandi,makeup semua sebab pukul 6.30pagi dah kene gerak pegi kat tempat bus menunggu la.Pengantin lelaki yang jugak O.KU pown macam cuak jee,Yela nak akad nikah kejap lagi,huhu sabor sabor.
Pengantin lelaki nak akad nikah

Kak Shida,si pengantin perempuan,die pown macam makteh saya

Hantaran dari pihak lelaki

Hantaran dari pihak perempuan

Mak teh and i with the bride
Whoaa suke je  tengok wedding ni,cinta tak mengenal rupe kan,So sweet tengok dorang.Hopefully bahagia hingga ke akhir hayat.Selamat Pengantin Baru yee..
Even penat pown tapi berbaloi la aku travel sane sini.Rasa best dapat spent time dengan bestie aku,and jugak dapat tengok wedding macam ni.Yeahh.Tengok wedding tu rase macam nak kawin plak..Eh ehh,lambat lagi,saya masih mude,hahaha

Okey sudah bubyee,

p/s : esok mau balik Melake dah,ayaakk malas nye > .. <


L.O.V.E

New Semester,New ChangeS

Asslamualaikum and Hallo Hallo Semua..

Yeahh hari ini aku dah menjejakkan kaki kembali ke Uitm Melaka..Whoaa excited and malas at the same time.Rase malas from cuti tu tak hilang lagi.Cuti panjang sudah habis broo.Musim study pulak bermula la from now on.Ayaakk !!

Oke cheq tadi gerak pukul 7.30 pagi..Awal noh?Nampak tak semangatnye tu??Haha..Aku dapat bilik Tun Fatimah 1105.Okey kurang setingkat dari last sem.Hehe,senang sikit.Even sampai awal pown,katil bawah sudah dicop tapi tu takpe lagi,yang paling buat aku aarrggh tak suke is aku kene share wardrobe.Alaaa tak sukee,nak loker sendiri lorH.Baru rase puas lorh..Tapi nak buat macam mane kan.dah dapat level bawah so loker cume ade due je sedangkan dalam bilik ade 4orang.Hmm tak perrlaa,sabar je laa.Overall tak all my roomies so far okey la,and Cik Mowt saya still roomies saya..Hoho
> , <

Musim belajar pown dah start,kenelah buang habit time cuti tu jauh,shhuuhh pegi jauhh..Mulai hari ini kenala practise tidur awal and most importantly BANGUN AWAL!tu yang penting.So sekarang ni jugak kenelaah kikis perangai malas-malas yang dok melekat sepanjang cuti nih.Shuuh malass,pegi maen jauh-jauh.Tamau ikut kitee,no no noo..

Okey fine dah cukuplaa tu.
Sem baru,diri pown baru!
Yeap Yeapp..
New Semesterr,yohoo


L.O.V.E

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semuaa..

Hari ni dah hari Rabu.Ade lagi 3hari je lagi untuk relax-relax,santai-santai dekat rumah.
Aku rasa campo-campo..Excited ade,malas pown ade..ayaakk.Excited sebab rindu dekat Melaka.Hm rindu sangat ke?Haha aku rindu lifestyle aku dekat sane..Rindu nak rushing-rushing pergi kelas,rindu nak huhahuha dalam bilik,rindu nak siapkan assignment last minute.
Tapi aku rase macam taknak pegi jugak.Sebabnye malas nak packing barang,banyak owh...Rasa berat hati nak buang rutin harian yang aku selalu buat macam bangun lambat,main game sampai lebam,tengok drama korea sampai habis,online fb berjam-jam..ADUYAIII
Ape pown,aku nak jadikan semester kedua ni lebih baik dari semester 1 dulu.Okey la dahlah tu,KBYE

and jugak 


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! > .. <

L.O.V.E

back to the games,sukenyeeee :D

Assalamualaikum and Hallo Hallo Semuaa....

Yeah yeah,saya kembali dengan blog tercinta ni..Sayang awak sangat-sangat.Awaklah teman yang tak pernah tinggalkan saya walau ape pown keadaan.Muahhx muahx muahxx..Oke stop,apsal mood gedik semacam ni?Sorrry,salahkan hormon saya.HAHA


Hari ni kirenya dah sebulan aku SAH menjadi single.
Well bile berlakunye perpisahan mestilah ade hati yang terluka kan?Macam tu jugak yang terjadik dengan aku.Hati aku memangla hancur,terluka dengan ape yang jadi.Biarlah aku cerite sikit ape yang jadik.
Mule-mule,seorang yang pernah aku sayang ni nak berpisah cara baik.Hmm walaupun berat,tapi aku terpakse terime sebab kalau itu dah kali ketiga die minta nak berpisah.Oke fine.Then,2minggu lepas tu,aku dapat tau die dah ade pengganti.Aku mule-mule memangla sangat terkejut.Sedih,hancur hati aku bile tengok picture pompuan tu.Pada mulenye aku ade terpikir,eh die ni dah ade hubungan dengan perempuan tu ke mase die dengan aku.Tapi sekarang ni,aku rasa bende tu dah tak bezanya pown,sama ada die memang curang atau pown jujur,hakikatnye tetap sama.Die dah lupekan aku dengan sekelip mata.

Hati memang sakit dan terluka.Even dah sebulan berlalu,aku mengaku,aku tak  pulih sepenuhnya lagi.Orang kate,luke tu masih berdarah lagi.So ape yang aku boleh buat sekarang ialah belajar melepaskan perasaan tu pergi.Biarlah perasaan tu pergi jauh-jauh dari aku.Aku dah serik dengan lelaki tu.Syukur,Tuhan dah bukak mata aku untuk tengok true colour die.Terime kasih Tuhan. .=)

Semenjak due menjak tiga menjak aku menjadi single ni,maka bermula la pencarian aku untuk menjejak putera dari mana-mana daerah untuk melamar aku.Wah wahhh..Klasik sungguh,haha.Okey,aku pown bermula la sesi berkawan-kawan,berkenal-kenal macam kawan ku si Epul Sullivan a.k.a pakcik ku yang aku sudah berkawan lamaaaa..Haha,tapi yang penting aku taknak rushing.Aku nak kenal setiap lelaki yang aku kenal dengan baik-baik.Aku taknak sejarah berulang kembali.Whoah,taknakk.Cukupla!Haha,semangat aku untuk berkawan,berkenalan dah kembali.
Owang puteh kate 'i'm back to the games',i'm single and ready to mingle.HOHOHO..yeah,menunggu prince charming yang akan mencairkan hati yang keras ni!

Slow-slow,no rush rush.The prince will come.ngee

p/s-motif aku tulis entry tak berfaedah ini?'saje nak declare aku single,hahaha
- also to Epul Sullivan,See i mentioned u in my blog,oke pakcik?

L.O.V.E

manusia yang tak pernah faham bahasa




Well hello hello semua..
Hari ni aku terpaksa mengorbankan rasa malas aku semasa sedang bercuti ini untuk menulis entry ni.
Hari ini aku nak bercerite tentang seorang makhluk Tuhan yang cukup tak faham bahasa yang 
sentiasa menganggu hidup aku sejak tahun 2010 lagi.

Okey,biarla aku start citer ni daripada mulanya eik.
Pada satu hari pada tahun 2010,
ada seorang makhluk ni mengantar text kepada aku.
Di dalam text mengarut tu,die kata yang die nak kenal dengan aku
and paling scary is die tau nama aku.
Adalah sangat menakutkan bagi seorang gadis apabila seorang lelaki yang tidak dikenali mengetahui detail 
mengenai dirinya.
Okey,first thought in my mind,HE is scary!
Aku pown malas sangat nak layan mamat ni.
Buang kredit,buang masa

Kemudian bermula la dari haritu,lelaki tu SELALU text aku.
Kadang-kadang die txt 'Hi sha,watpe tu?''
or 'Sha tak tido lagi ke?', 'Nite Sha'
Ya Allah,dalam seminggu tu aku MESTI akan terime text dari die even sampai sekarang.
Sumpah menyampah sangat-sangat.
Okey aku sangat rimas dengan mamat ni.
Aku pernah cakap dengan die,jangan kacau aku.stop dari kacau aku.
Die boleh lagi cakap,die ikhlas nak kenal dgn aku.Paling tak tahan die siap cakap yang aku ni jodoh die.
Die kate die sanggup tunggu aku,die yakin nannti die akan dapat aku.Wow,ape kes mamat ni!
Pyscho seh.

Even aku dah marah die,maki-hamun die.
Esoknya die tetap akan mesej ' Aishah buat ape tu'
Pergh macam takde pape je.Sungguh tak paham bahasa!
grrrrrrr
Aku malas sangat nak layan die,tapi bile aku biarkan je,die tak pernah stop nak text aku.
SENTIASA KACAU AKU
Die pernah call aku,siap berani lagi kate die ikhlas,die tau yang aku ni jodoh die.
WTF..aduyai mamat ni,ape kes..wayar dalam rosak ke?
Toloonglah stop..Aku dah marah,tengking die mase tu tapi die masih tak faham-faham.
Esoknya die siap text aku and berangan nak aku anta pic aku dekat die.
Kawan2 aku dah siap kenekan die and maki die lagi.
Tapi macam tak reti,tak faham yang aku ni meluat.

Manusia yang normal akan undur diri if dah kene maki,marah macam tu.
Tapi die?Macam takde pape yang jadi.Still lagi berangan aku ni akan jadi jodoh die.And die akan tunggu aku sampai bile-bile.Ape die ni?Aku tak pernah kenal die.Aku tak tau siapa die.
Ya Allah,tolongla fahamkan hamba mu itu.Tolong la jangan kacau aku lagi.Aku RIMAS.
Even sampai hari ni die still lagi hantar text kt aku.And actually die baru je lepas call aku.Aku baru je warning die so die tak akan kacau aku lagi.Aku clearly cakap aku MELUAT dengan perangai die tu
Aku rase even aku dah cakap macam tu,aku tau die tetap akan mesej aku jugak and buat macam takde pape yang jadi.

Okey,seriously,aku sangat-sangat tak tau nak buat ape dah lagi dengan mamat ni.Aku pernah cube cara baik cakap dengan die and cara paling kasar pown aku pernah buat agar die dah tak ganggu hidup aku lagi.
But still,die tetap kacau aku again and again.
Urgh,RIMAS dan MELUAT.
Kalau korang dekat tempat aku.ape korang rasa aku patot buat dekat mamat ni.
Kadang-kadang rasa macam nak tukar number je tapi number ni la yang banyak contact.
Urgghhh aku tak suke mamat ni!!!!!

p/s : BENCI mamat pycho ni     





L.O.V.E

makanan Raya Haji

assalamualaikum and hallo hallo semuaa...

Seperti yang semua orang tau yang kita akan sambut Hari Raya Haji pada 6 November ni.So bile sebut sebut pasal raya haji je,bende first yang terbayang dalam kepala aku is makanan die..Whoa best la,biasanya tiap tiap Raya Haji,mama aku akan masak lontong,rendang ayam atau kadang-kadang ayam masak merah and kuah kacang!sllrrpp...bangun je pagi raya tu,semua makan ni dah siap terhidang..whoaa sedapnyaa..Itulah makan wajib family aku masa Raya Haji,hmm maybe menu korang sama dengan aku or lain-lain tapi tak kesahla kan,janji semangat nak Raya Haji tu ade..




Oke aku dah terliurr..sedapnyeee...bile nak raya ni,hehe..tak sabar-sabar nak makan semua ni especially mama yang masak..air tangan seorang ibu tu la yang paling BEST lagi!

p/s - SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUAA

L.O.V.E

eh eh saya kene tag la ! !

asslamualaikum and hallo hallo

owh diri ini terasa bangga dan mengembang apabila ditag oleh miss shaz nye yang memaksa kite menjawab semua soalan-soalan die! ingat kan satu soalan tapi rupenye 11 ! amik ko.. whoa saya memangla tersangat rajin la kan untuk menjawab soalan - soalan ini. Tapi takperla, demi minah gedik yang tag saya ni (*hehehe ), saya pown merajinkan diri la untuk menjawab soalan yang ditag tu yee..tapi tapi before that, ade rules die,aduyai....
mule-mule......


* You must post these rules
 * Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  * Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
 * You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
* Go to their page and tell them you have tagged him/her.
* No tag backs.
  * No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really,
     trust, with all honesty) have to tag 11 people.


korang pandai-pandaila translet b.m sendiri ye,tak kuase i nak translate! hahaha..anyway saya hari ni saya kene bercerite pasal diri saya dulu,11 perkara pasal diri sendiri..hmm nak membantai ape ye?
oke s11 perkara pasal diri ku ini ialah :

     * nama penuh saya Aishah Binti Ithnin ... pelik ithnin?eh biarlah,ni nama ayah saya..saya bangga dengan ayah saya oke,kikiki

*saya lahir dekat K.L pada hari Rabu 24 April 1993 jam 4.30 am kot

*saya ni sulong dari 3 adik beradik tapi perangai macam anak bongsu! :p,hehee

*saya rasa saya suke semua makanan and minuman yg wane putih macam kueh teow kungfu, ayam!, horlick and SUSU!

*saya suke fashion sangat-sangat! berangan-angan nak jadi fashion designer tau tapi macam terkubur je mimpi tu :(

* and I AM SO SHOPHOLIC!

*saya sedang study di UiTM Melaka dalam course Business Study ( haish asal la tak Art&Design,hmm)

*saya ni suke PURPLE sangat-sangat..bagi saya purple is SEDUCTIVE

* saya ni sebenarnye pemalu and pendiam bile jumpe dengan orang yang tak kenal, tapi bile dah lame click dengan saya,anda tau la bagaimana gilenye saya ini,kikiki

* saya akan berangan sebaik saja saya dengar lagu atau pown duduk sorang-sorang..hehehe

* saya sayang family saya and kawan-kawan saya..

oke dah cukup kot 11,kire la sendiri eh..oke lepas tu saaat yang menggetirkan,saya nak jawab soalan dari Miss Shaz Nye..rase berdebar, gementar nervous, macam amik SPM pulak!kokkokoko

Pakaian apa yang paling korang selesa pakai bila dating? 
Pakaian yang boleh buatkan saya rasa saya cantik!


Berapa lama pernah kekal time couple?
Paling lama setahun kot


 Korang rapat dengan mama or abah?
Hmm ntahlaa,tak reti nak pilih la..time mama baik,rapat dengan mama tapi time abah baik,rapat dengan abah pulak


Selalu break sape minta putus?
Previous love was HIM!


Pernah curang tak?
I stick with only one single guy.NEVER CHEATS


Mana paling best skype, blog or fb?
Ayokkkk,susahla nak pilih...semua bole??


Korang pakai baju apa sekarang?
Baju friendship Diva Divana :)


Pernah couple berapa kali?
Setakat ni 3 sahajaaaa..sahaja??


Pernah minta nombor kat orang yang korang suka tak?
Saya teringin tapi malangnya saya tak reti nak tebal muke la..malu malu!


Tak text dengan kekasih ke?
Dah BREAKKKK..wuaaaaaaahh 


Kenapa manusia kadang kadang tak boleh terima keadaan yang sebenar?
Mungkin sebab manusia lebih rela bayangkan diri dorang dalam situasi yang dorang imagine kan..


Finally semua soalan dah terjawab,fuhh berpeluh-peluh nak jawab soalan ni..nervous semacam.Soalan die susahnyee!Ayaaakkk..hahaha dah dah aishah over pulak ko..hohoho..now my faveret moment..masa untuk saya pulak tanya soalan!!!

  • Sepanjang hidup korang, pernah tak lalui bende yang paling memalukan..Story jujur di sini ye
  • Korang punye angan-angan Mr Right macam mane eik???
  • Pernah tak korang buat bende pelik?
  • Ape kelebihan korang ade yang orang laen tak tau
  • Apa status FB or Twitter terakhir korang
  • Bile korang kawin nanti,wedding korang,korang nak buat theme ape?
  • Ape bende yang korang fobia or trauma?
  • Movie or drama yang korang tak boleh lupe sampai sekarang?
  • Kenangan zaman tadika yang paling korang ingat sampai sekarang
  • Listkan barang-barang dalam handbag korang
  • Kalau korang sedeh,macam mane korang hilangkan sedey korang tu?korang buat ape eik
And lastly saya nnak tag to..Miss Lyssa Secret bole, Why Myrabelog bena , cik Mowt and evarine!

L.O.V.E

Diva Divana u !

assalamualaikum and hallo hallo!

Hallo hallo korang semuaa..Sihat??Bagus kalau korang sihat..tapi if korang tak sihat,banyak-banyakkan la berehat yee..hehe..Harini aku tibe-tibe excited nak update blog sayang sayang aku ni!Entry aku this time aku nak story mory pasal date aku dengan girlfriends aku.Yes of course,sape lagi kalau bukan BFF aku semuaa.
SYIOK dapat hang out semua sekali!Yeah Yeah!Rindu rindu korang.

Semalam,aku,Miss Si Ayam a.k.a Zahirah Nazilan,Wahidah 'selenga' and our own Teregganu's Next Top Model,miss Shaz Nye telah menggegarkan Times Square dengan kegilaan kitowang!HOHOHO..Itulah akibatnya if kitowang ni lepak bersama,memang tersangat gila,selenga,dan penuh kesengalan..haha..itulah Diva Divana..Well semalam kami puteri-puteri Diva Divana telah menjejakkan kaki ke Jam Empat Segi  ataupown Times Square..

Agendanya bermula apabila Aku dan Nye pergi menjemput tuan puteri Wahidah di rumahnya..Aktiviti peluk-memeluk untuk melepaskan rindu pown bermula la,hehe dan seterusnya barulah gerak ke T.S..cube teka kitowang guna kenderaan apakah dengan pakaian yang ala-ala model over ni?
Adakah korang pikir kami menaiki kereta??Tetttt anda SALAH!Percayalah kami sebenar-benarnya naik bus buruk untuk ke K.L tu..whoaa kami sangat 'suke' jadi model dalam bus!Setiapkali keluar mesti jadi macam ni.Akan aku dan Nye yang over modeling di dalam bus tu.(OMG i 'suke' sangat!)

Anyway back to the original storyline,mule-mule dalam kepala nak plan pegi karok tapi last-;ast kami tershopping pulak dekat T.S..well temptation sangat kuat.Tak mampu aku menanggungnya maka tershoppingla sikit,kikiii..Tak sedar yang diri tu dah abis duit!
And juara pengshopping terbanyak is Miss Shaz Nyee..BRAVO!!!

Malas nak cakap banyak,ler's enjoy the pictures!
Kite dgn Wahidah



Zahirah zahirah zahirah

Siape paling cun?Aku la kan! (perasaan!)




Makan time,it's steamboat,yeahh!



sibuk je belakang tu!haha
Seriously rindu korang sangat.Sangat fun dapat hang out macam ni.Tapi geng kite tak cukup tanpa Miss Fieza..Rindu diee,Tak complete tanpa fieza,.If fieza ade confirm tambah mereng kitowang.Haha..Anyway,aku harap sangat that one day kite dapat hang out berlima semua sekali..Hmm agak-agak bile eik??Time korang nak kawin kot bawu dapat gathering semua!Hohoho
Love u All,Diva Divana
tapi tapiii tu bukan penutup hari dating aku semalam..Lepas tu,malam die pulak,aku overnite bersama Miss Shaz Nye dengan Fieza sambil pakai baju friendship kitowg,nanti bile-bile aku rajin aku upload pasal baju tu eik,sekarang ni agak-agak malas la..
.Anywayy.semalam kami buat keje gile overnite!!yeahh..overnite yang tak berpa dirancang..maen redah je nak pegi mane..Kitowg macam overnite dalam kereta je,haha..Firstly dalam hati hajat nak pergi I-city,nak foto-foto kat situ.Sampai dekat situ pukul 2pagi..dah excited dah ni nak tangkap gambar dekat tempat yang cantik,banyak lampu-lampu semua tapiii bile sampai je,tempat tu memangla berlampu bagai tapi menyeramkan lorhh!!!!Sebab sebanye,tempat tu dipenuhi dengan rempit-rempit bersepah.Dorang dok lepak dekat situ,Eii seramnye!Takut nak keluarkan kamera..Kang kene apa-apa plak,naya je kan.So kitowg pown blah la darii situ..Time nak bayar parking,sekali tengok kene bayar RM5 tau!Terkejut kitowg!padahal pegi situ tak sampai setengah jam..gambar pown tak amik tau!!huhuhu

Keluar je dari I city tu,terus blank tak tau nak pegi mane dah..Serious blank!Last-last kitowg pegi balik Saujana and terus pegi K.L..dalam pukul 5pagi baru teringat nak pegi KL..pandai kan??haha..Dalam pukul 6 lebih kot,kitowg sampai dekat S.U,disebabkan mengantuk yang teramat sangat kitowg berhenti kejap depan umah orang and tido sampai matahari terbit!Makcik-makcik kawasan tu pown kepelikan teramat sangat bile tengok kitowg semua terbungkang dalam kereta.Hoho,makcik-makcik,takyah nak risau sgt ye,kitowg cume ngantuk sangat je.

Anyway,even overnite kitowg sangat selenge dan kucar-kacir,tapi best dapat have fun dengan Fieza and Nye.Seriously,next time,kene plan overnite betul-betul oke!Love u guys!

p/s-malangnya overnite tu satu gambar pown kitowg tak amik tau..Dahla tiga-tiga pakai baju friendship,gambar fieza takde,haishh...

L.O.V.E

assalamualaikum and hallo hallo semua

Hari ni rutin harian aku macam biaselah,online facebook and sambung tengok drama yang 178 episode tu..Penuh  sabar aku tengok episod demi episod demi hero ter sayang aku Mr.Lee Jee Hoon yang super cute tu!Anyway,aku bukan nak cerite pasal drama yang berjela tu tappi pasal gambar ni yang aku jumpe di facebook.Maybe ade yang dah tengok or maybe belum

Maybe ade yang dah tengok kan quotes ni..Bile aku bace ni,aku fikir hmm maybe ade betul nye jugak kan.Tak taulaa kan.Tapi aku rasa memang patot if seorang lelaki tu tak melepaskan perempuan yang dia sayang tak kire apa keadaan pown kan?Tu menunjukkan yang lelaki tu sangat sayangkan perempuan tu.Hmm dunno la kan.Fikir-fikir la sendiri yee

L.O.V.E

the end

assalamualaikum and hallo hallo!


Well you know what..saya dengan die dah takde pape lagi dah.Yup semuanya dah berakhir,dah takde pape lagi yang tinggal antara aku dengan die.Kitorang berpisah cara baik,takde dendam,takde marah.Maybe kitowg tak serasi bersama lagi.Hmm aku mengaku aku sedih tapi life must go on.Time will heal me,i know that.Aku just reda dan anggap ni just dugaan  untuk aku.

Walaupun dah berpisah,aku anggap kenangan kitowg tu kenangan manis dalam hidup aku.Sekali pown aku tak menyesal berjumpa dengan die.Cume maybe die bukan untuk aku dan aku reda.Lepas ni,aku kena kuatkan diri,tabahkan hati!This is not the end of the world for me.Aku tau bukan senang nak overcome the heart break,tapi life must go on.And aku kene hidup dengan penuh joyful and happines.

Kepada si die,saya harapkan awak dapat jumpe perempuan yang boleh memahami awak,yang jauh lebih baik dari saya.Saya nak minta maaf if saya ade sakit kan hati awak,atau lukakan hati awak.Saya nak terima kasih kata awak for everything you did.Awak lelaki yang baik,and hopefully awak akan jumpe perempuan yang lebih baik.Hopefully,kite stay as a good friend oke.

Note to myself : Aishah,u can do it!Be strong!!This is totally not the end of world for you.Maybe akan ade lelaki lain yang sesuai untuk ko kat luar tu,insyaallah!Keep your head up!Smile always! :)

L.O.V.E

bertukar!!

assalamualaikum and hallo hallo!!!

eh eh,blog ku ini dah bertukar dah laa!sukke tuan punye blog ni!kikiki..yeah,blog ni dah officially BERTUKAR!
yeay yeahh suke suke..diesebabkan kebosanan menghadap blog lama ku yang agak-agak vintage dan klasik itu,maka bermula la kisah menukar wajah baru untuk blog tersayang ni!

this time,aku pilih colour purple for main theme die sebabnyee,saya sukee purple sangat-sangat!color purple die sama macam colour dinding bilik ku!apa-apa pown aku suke jugak la layout die yang agak-agak pelik ni,
tapi tapi blog ni belum lagi capai tahap kepuasan aku,hmm aku nak touch up sikit blog ni nanti tapi bile aku rajin la,HAHA
ok tatata

p/s-penat redesign blog ni sampai tido pukul 4pagi,HAHA,(sebenarnye tengok video je lebih!)

L.O.V.E

man in my life,hehe

assalamualaikum and hallo hallo!!
 Hello hello korang semuaa..whoaa harini mood untuk berblogging tibe-tibe je menaik dengan penuh dramatik hari ni,.Harini,aku nak cerite pasal lelaki-lelaki hensem dalam hidup aku!yes!Ini bukan cerite pasal ayah aku yang paling aku sayang,ataupun adik laki aku yang aku benci tapi sayang ataupun cerite pasal my incik boyfriend tersayang..ini cerite pasal lelaki yang aku SYIOK TAK HINGAT!hahaha

Daripada aku kecik dulu sampaila sekarang,minat aku terhadap artis or jejaka-jejaka hensem ni sentiasa bertukar-tukar ikut musimnyee,whoaa lelaki pown ade musim jugak eh??kikiki..hehe

Tak silap aku la,lelaki pertama yang aku gila-gilakan sangat dulu is :

Whoaa Michael Jackson laa!!!!ni la artis yang paling lame aku suke..aku sangat-sangat suke bile die menari,SMART gile!!!and sampai sekarang ni aku masih sokong die even die dah meninggal pown..menangis aku bile die meninggal 25 June 2009 dulu,huhu..R.I.P my MJ!

Secondly,aku tersuke terminat tergila seorang lelaki dari korea ni,cuteee!!!
                                         
                                       

yes IT'S RAIN!!..whoaa dedoluu la aku pernah minat abis dekat die tau!suke die dalam cite FULL HOUSE laa,hehe..best gile kot cite tu!aku sanggup habiskan duit beli vcd box drama Full House tu tau,mase darjah 6 kan mane ade duit,pergh,melayang rm100 aku mase tu,ish ish..and disebabkan die la aku sanggup belajar bahase Korea,aku ingat lagi,tiap kali aku tengok die dalam Full House,aku akan take note bahasa-bahasa Korea yang die cakap,whoa gile tak?

Thirdly,aku tak berape  ingat sapa la yang aku minat,tak silap aku artis from korea kot



name die Lee Jun Ki..aku first tengok die dalam cite My Girl tu..yes muke die macam perempuan ,tapi somehow,die ade aura yang buat aku minat die,and because of him,aku belajar korea secara serius sikit,aku mule belajar tulis and bace tulisan korea,whoah!and sekarang aku boleh tulis,boleh baca tulisan korea but tak paham pown ape dorang cakap,sikit-sikit je paham,haha!mengong mengong!

at the same time aku minat si Lee Jun Ki ni,aku also minat mamat from Peterpan

huh,aku pernah minat die sekejap,hmm rasenye bape bulan je kot,and MENYESAL minat die,huh,bad influence!!no!no!no!haha

and untuk kali ke berape ntah,aku minat someone from Malaysia!!!whoaa clap!clap!


it is Incik SHaheizy sam!!!yeahh..aku sangat tengok die since movie Kongsi..that time,wow!!he is FREAKING cool man!!and still minat dengan die ni,hehe..gud joob Sammy!!

and just a few weeks ago,I am TOTALLY lovee this one hottie from Korea as well!sangat cute!!


yes my baby!!i am in love with him..The name is LEE JI HOON..start suke die from drama Wonderfull Life,ceh baru nak tengok kan drama tu,padahal dah lame dah kuar..and aku sangat-sangat dengan die punye senyuman!i am MELTING!!he is soo HOTT!!! and die jugak seorang penyanyi,suara die sedap!!Mr. Lee Ji Hoon.saya gilekan awak skg ni oke!!HAHAHA

oke cukup cukup..nampak tak aku ni seorang yang tak constant??boleh je betukar-tukar minat in a BLINK!one minute this guy and another minute is another guy!wow..taste ku berubah ikut musim!!hahaha..yang si Lee Ji Hoon ni pown tak taula bape lame lagi aku kan gile kan die,maybe lepas ni akan bertukar kot,who knows rite!aku ni cepat bosan pada sesuatu and susah nak suke sesuatu but once aku dah suke,akan akan suke gila-gila!!!and don't worry,this happen only to artis yang aku minat je,not in the real love life oke,i am a girl who sticks with one man! ; )

p/s-i love all of them so much!!hmm bile la nak jumpe dgn dorang kan??(excluded Mr.Ariel ya,not so into him anymore)

L.O.V.E

bukan lagi budak baru!

assalamualaikum and hallo hallo

yeay yeay,hari ni bermulanya cuti semester aku!!yahoo..bestt!!sebulan noh bercuti dari buku,yeah,berehat seketika dari belajar..yang pasti sangat relaxx...macam macam dah aku tempuhi sebagai student part 1 ni,hehe..first time aku merasa jauhh dari family,ingat lagi first week dulu macam mane mase orientation dedolu..,ingat first time masok kelas,first time buat assignment bagai..but for sure,it's worth it laa..semester satu dah abes,insyaalah result cun semester dua pulak,aminn..

azam untuk semester dua pulak,hmm aku nak kurangkan BARANG-BARANG aku!!!peritnye nak bawak balik..banyak yang amat!!sampai tak cukup beg nak packing!!penatla macam ni!!
cube kire berape barang saya??
oke itu jee,cuti sem ni,nak enjoyy!!!!!!

L.O.V.E

cerita semalam

assalmualaikum and hallo hallo......

Yes ini cerite tentang semalam..ceritera antara aku dan dia-dia semua,..whoaa fulamak!!!haha
sorry ye saya agak terlebih terkurang excited semasa menulis entry ini,kikiki(gelak jahat)
Anyway anyhow,hari ni aku nak tulis entry pasal hal semalam,tak kire nak tulis jugakk..sudah lamaa tak diupdate blog ini,sorry ye mydear blog,busy dengan final exam lorhh....

Cakap pasal final exam,semalam berakhirnya paper last aku iaitu paper HELL a.k.a paper Accounting..dengar nama pown aku dah cuak dah tau!berderau darah,meremang bulu roma mendengar paper account..aku dah ade stigma yang subject ni memang-memang susah,memang-memang confusing,memang-memang HELL..aduhh takutnye nak jawab paper ni..and dapat je soalan paper semalam,aduh boleh buat la kott,tapi aku tak imbang,bank recon tu pown xdapat balance kan jugak..hmmm..macam mane ni..macam mane dengan result accont aku nanti??taknak repeat!!!!no no no..ya allah,aku tawakal je laa..

oke enough of HELL,now let's story mory pasal HEAVEN..whoaaa..selepas mengaharungi dugaan menjawab paper account,mykawan-kawan pown ape lagi meronggeng lerr!!yeahh the fun part!!!

kami enam sekawan pown berjalan-jalan merentasi Melaka yang penuh jem tu,haish..plan first,karok and movie!!!ape lagi redah la MP a.k.a Malacca Parade lerr..tapi tapi mase perjalanan ke MP ade satu story HOT!!!..kami punye driver,cik Alia kite tersilap jalan,dengan selamber derk je cik Akmah Rahim kite ni cakap 'Sane laa BODOHHH!!!!'HAHAHHAHAHA yang buat kelakar nye ialah cara die cakap tu,aduayai,bersungguh-sungguh die mencarut ye..hahaha pecah perut gelak..

Swsampainye di MP,usha-usha movie jap,tengok-tengok ade movie Bini-Biniku Gangster..whoaa tengok la ape lagi,mydear Shaheizy Sam ade pulak!!cuweettnyee die dalam movie tu,husband yg caring gitu..hohoho..kelalar movie tu,gelak dari mula sampai la abis movie,whoaa umbs up laa!!


 



Lepas tu,ape lagi,event karok karok bermula la..yeahhh..ni yang shok ni..mase untuk tunjuk 'bakat'..hahaha..suara sedap ke tak ke,ape kesah kan??layann jee..yeahh..( o o )


 


 

 

myy roomate  Mowt

the driver yg free2 dapat bodoh tu,aduayi,kesiann

anyway dengan hang out ni la tension kitorg dengan exam pown hilang melayang-layangg..next destination,Uitm Lendu semester kedua,aminnn...


p/s-harap-harap,result pown heaven la jugok yerr,aminnn 

L.O.V.E